Operation Officer - Bangsar, Malaysia - Cisco

Cisco
Cisco
Verified Company
Bangsar, Malaysia

3 weeks ago

Siti Tan

Posted by:

Siti Tan

beBee Recruiter


Description
**TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEGAWAI OPERASI**
- Membantu Pengurus di dalam urusan-urusan pentadbiran serta logistik di Cawangan.
- Memastikan peralatan/keperluan dan kelengkapan di setiap pos memenuhi keperluan pelanggan/tender/sebutharga.
- Mendapatkan peraturan kerja dan arahan tetap daripada Pegawai Operasi/Pengurus Cawangan/Pengurus Operasi untuk setiap projek untuk dimaklumkan kepada PK.
- Menentukan PK berpakaian seragam lengkap (uniform) dan mencukupi mengikut keperluan pelanggan.
- Menentukan PK mematuhi peraturan tatatertib dan perintah tetap syarikat dan pelanggan.
- Sentiasa boleh dihubungi.

**TUGAS PENTADBIRAN**
- Mengumpul Time Sheet pada setiap minggu dan hujung bulan dikepilkan bersama-sama dengan Borang Permohonan Cuti, Sijil Cuti Sakit dan lain-lain dokumen diserahkan kepada Pengurus untuk disemak sebelum disahkan.
- Walkie talkie, trunk radio, smart guard dan lain-lain peralatan syarikat haruslah di pelihara dengan baik jika tidak anda adalah orang akan dipertanggungjawabkan.
- Memastikan barang-barang milik pelanggan berada dalam keadaan sempurna dan baik dan sekiranya berlaku kecurian, kemalangan dan lain-lain di tempat bertugas, anda dikehendaki menjalankan siasatan awal dan sila buat laporan bertulis disamping melaporkan terus dengan kadar segera kepada Pegawai Operasi/Pengurus dan kepada pihak pelanggan sendiri.
- Anggota yang hendak membuat permohonan cuti wajib mendapat kebenaran Pegawai Operasi/Pengurus. Borang Permohonan cuti hendaklah dimajukan 7 hari sebelum tarikh bercuti.
- Membantu di dalam urusan penghantaran inbois, tender, pembayaran bil dan lain-lain.
- Menerima arahan dengan terbuka dan akur dengan apa yang diarahkan mengikut keperluan semasa.
- Melaksanakan kawalan rapi terhadap kunci-kunci penggera kebakaran dan lain-lain alat yang diletakkan dibawah kelolaan PK.
- Memberi Borang Permohonan Kerja dan memastikan anggota pengawal mengisi dengan lengkap maklumat mereka seperti:

- Nama dan alamat yang betul
- Kad pengenalan lama dan baru
- KWSP dan SOSCO
- Nama bank dan no. akaun
- Mengambil salinan kad pengenalan
- Meminta 2 keping gambar berukuran passport
- Menyerahkan Surat Pelantikan yang ditandatangani oleh pengawal keselamatan kepada kerani Cawangan untuk difailkan.
- Borang pengambilan uniform dan lain-lain keperluan.
- Borang pemohonan yang telah lengkap diisi beserta Surat Pelantikan yang telah ditandatangani hendaklah diserahkan kepada kerani Cawangan untuk simpanan rekod.
- Menyediakan biodata PK kepada pelanggan sebelum membenarkan PK tersebut mula berkhidmat.
- Menyediakan kelengkapan uniform, kasut dan lain-lain peralatan dengan mengisi Borang Rekod Permohonan Uniform dan diserahkan kepada kerani Cawangan untuk pemotongan gaji.
- Merekodkan pengambilan dan pemulangan uniform dan diserahkan kepada kerani Cawangan pada setiap bulan.
- Menyediakan laporan anggota keselamatan yang bertugas, baru dan berhenti dan diserahkan kepada kerani Cawangan setiap hari.
- Ijazah Sarjana Muda dalam Pengurusan Perniagaan, Keselamatan atau bidang berkaitan.
- Sekurang-kurangnya [X] tahun pengalaman dalam pengurusan operasi, diutamakan dalam industri keselamatan atau perkhidmatan.
- Kemahiran komunikasi yang cemerlang, kemahiran kepimpinan yang kukuh, dan kemampuan untuk bekerjasama dalam pasukan.
- Pengetahuan yang kukuh tentang peraturan dan piawaian keselamatan industri.
- Keupayaan untuk membuat keputusan yang berpusat kepada data dan strategik.
- Kemahiran pengurusan projek yang baik dan kemampuan multitugas.
- Pengetahuan tentang perisian pengurusan operasi dan peralatan keselamatan adalah satu kelebihan.

Pay: From RM2,500.00 per month

Schedule:

- Afternoon shift
- Day shift
- Early shift
- Monday to Friday
- On call

More jobs from Cisco