Ketua Gudang - Perai, Malaysia - Padiberas Nasional Berhad (BERNAS)

Siti Tan

Posted by:

Siti Tan

beBee Recruiter


Description
KETUA GUDANG (GUDANG PRAI, PENANG)

**Deskripsi Kerja**:

- Menguruskan Stok, Harta Syarikat dan Stokpail Kerajaan, pada Aras dan Kos yang Optima dan Berpandukan Polisi dan Prosedur Syarikat.
- Bertanggungjawab untuk memastikan semua proses perniagaan gudang dalam keadaan tersusun, teratur, dan licin.
- Memastikan aduan entiti berkepentingan mendapat respon sewajarnya dan melaksanakan pembetulan.

**Tanggungjawab**:
**1. Merancang, memantau dan mengurus kakitangan operasi menjalankan Operasi Penerimaan Beras di Gudang Bernas dengan mencapai sasaran yang ditetapkan oleh Jabatan dari segi pengurusan kos, kepuasan pelanggan, proses dalaman, dan proktiviti.**
- Menentukan kedudukan tapak lot beras bagi kargo yang akan dibawa masuk ke dalam gudang.
- Menyemak dan mengesahkan Arahan Kemasukan Beras sebelum operasi dimulakan.
- Mengeluarkan arahan kepada kontraktor pengendalian untuk membekalkan pekerja buruh yang mencukupi untuk menguruskan operasi.
- Mengarahkan kakitangan operasi untuk menyemak persediaan kelengkapan peralatan operasi seperti jentera forklift, papan pallet, papan plywood, working pallet, guni kosong, mesin jahit dan benang, kanvas / tarpaulin.
- Mengarahkan Kontraktor Kebersihan membersihkan papan pallet, papan plywood sebelum operasi bermula.
- Mengarahkan Kontraktor Kawalan Serangga membuat rawatan ke atas tapak lot beras yang diduduki dan papan pallet yang akan digunakan.
- Mngikuti dan menyusul dengan Inventori Zon tentang kesediaan Sistem Pengurusan Inventori seperti Transfer Order untuk proses kemasukan data.
- Melaporkan kepada Pasukan Inventori Zon sekiranya terdapat sebarang gangguan sistem atau internet serta memohon pelarasan transaksi sekiranya diperlukan.
- Melaporkan kepada Ketua Zon dan pihak yang berkaitan sekiranya terdapat kejadian beras basah atau rosak.
- Melaporkan kepada Ketua Zon dan pihak yang berkaitan sekiranya terdapat kejadian kemalangan yang melibatkan pekerja dan fasiliti gudang.
- Menyemak dan mengesahkan dokumen operasi secara harian seperti Nota Hitung, Nota Hantaran & Penerimaan, Consignment Note / Delivery Note, Slip timbang dan lain-lain.
- Menyemak dan mengesahkan Transfer Receipt Note, Pro-forma Completion Report dan dokumen-dokumen yang berkaitan.
- Menyemak dan mengesahkan Stek Kad Manual dan Sistem dikemaskini oleh kakitangan operasi.
- Mengarahkan kakitangan operasi mengemaskini dokumen-dokumen penting ke dalam fail yang telah ditetapkan.

**2. Merancang, memantau dan mengurus kakitangan operasi menjalankan Operasi Penerimaan Beras di Gudang Bernas dengan mencapai sasaran yang ditetapkan oleh Jabatan dari segi pengurusan kos, kepuasan pelanggan, proses dalaman, dan proktiviti.**
- Mengarahkan kakitangan operasi membuat pengesahan kuantiti stok secara harian.
- Menyemak Laporan Kedudukan Stok di dalam gudang dan di dalam sistem secara harian.
- Menyemak dan mengesahkan Pelan Lantai Gudang secara mingguan dan melaporkan maklumat lot kosong kepada Ibupejabat secara harian.
- Mengarahkan kakitangan operasi mempamerkan semua label yang berkaitan seperti Label Stek Beras, Label Stokpail, Label Stok Matang, Pita Penanda Stokpail (Merah/Putih)
- Merancang, mengarah dan mengurus Kontraktor Pembersihan untuk menjalankan kerja-kerja pembersihan di dalam dan di luar gudang.
- Mengarahkan kakitangan operasi memeriksa kestabilan susunan tindanan secara harian
- Mengarahkan kakitangan operasi memastikan semua kelengkapan peralatan operasi ditempatkan di kawasan yang telah ditetapkan.

**3. Merancang, memantau dan mengurus kakitangan operasi menjalankan Operasi Penerimaan Beras di Gudang Bernas dengan mencapai sasaran yang ditetapkan oleh Jabatan dari segi pengurusan kos, kepuasan pelanggan, proses dalaman, dan proktiviti.**
- Menyemak dan mengesahkan Rice Collection Plan atau Salinan Inbois sebelum operasi dimulakan.
- Mengeluarkan arahan kepada kontraktor pengendalian untuk membekalkan pekerja buruh yang mencukupi untuk menguruskan operasi.
- Mengarahkan kakitangan operasi untuk menyemak persediaan kelengkapan peralatan operasi seperti jentera forklift, papan pallet, papan plywood, working pallet, guni kosong, mesin jahit dan benang, kanvas / terpaulin.
- Melaporkan kepada Pasukan Inventori Zon sekiranya terdapat sebarang gangguan sistem atau internet serta memohon pelarasan transaksi sekiranya diperlukan.
- Melaporkan kepada Ketua Zon dan pihak yang berkaitan sekiranya terdapat sebarang kejadian beras basah atau rosak.
- Melaporkan kepada Ketua Zon dan pihak yang berkaitan sekiranya terdapat sebarang kejadian kemalangan yang melibatkan pekerja dan fasiliti gudang.
- Menyemak dan mengesahkan dokumen operasi secara harian seperti Nota Hitung, Nota Pengeluaran, Permit Pindahan Antara Negeri, Slip Timbang dan lain-lain.
- Menyemak dan mengesahkan DO & Invoice Overview, Stack Closure Report & Request, Surplus Rice Request dan dokumen-dokumen yang berkaitan.
- Menyemak dan mengesahkan Stek Kad Manual dan Sistem dikemaskini oleh kakitangan operasi.
- Memantau Aliran Stok P

More jobs from Padiberas Nasional Berhad (BERNAS)