Pegawai Kerani - Kota Damansara, Malaysia - Employees Provident Fund of Malaysia

Employees Provident Fund of Malaysia
Employees Provident Fund of Malaysia
Verified Company
Kota Damansara, Malaysia

1 week ago

Siti Tan

Posted by:

Siti Tan

beBee Recruiter


Description
**RINGKASAN TUGAS**
- Bertanggungjawab sebagai Pemandu Trak _Relationship & Advisory (RA)_ dan melaksanakan tugas-tugas _Outreach_ _Relationship & Advisory (RA)_.
- Membantu penyelia menyediakan peralatan dan dokumen sebelum berangkat serta selepas selesai program _Outreach_, menyediakan tapak kempen/pameran, memastikan keselamatan peralatan IT dan bukan IT semasa kempen/pameran berlangsung terjaga dan membantu penyelia dalam pelaksanaan transaksi urus niaga _Relationship & Advisory (RA)_.

**TUGAS & TANGGUNGJAWAB**

**(1) Pelaksanaan Aktiviti **_**Outreach**_
- Memandu kenderaan Trak _Relationship & Advisory (RA)_ dan memastikan kenderaan disimpan dan diselenggara dengan baik.
- Memastikan peralatan berfungsi dan dokumen yang diperlukan mencukupi sebelum berangkat ke tapak kempen/pameran.
- Membantu penyelia menyediakan tapak kempen/pameran dan memastikan semua bahan pemasaran serta cenderahati dipamerkan sebagai salah satu strategi transaksi urus niaga.
- Mengawasi dan memastikan keselamatan peralatan IT dan bukan IT di dalam trak adalah sentiasa terjaga semasa program _Outreach_ _RA_ berlansung dan disimpan dalam keadaan baik.
- Melayani dan membantu pelanggan yang mengunjungi kempen/pameran.
- Bekerjasama dengan _Relationship Advisor (RA)_ dan _Relationship Executive (RE)_ untuk menjalankan aktiviti promosi serta transaksi urusniaga produk dan perkhidmatan KWSP.
- Mengemaskini Rekod Inventori/Aset Trak _Relationship & Advisory (RA)_ (peralatan IT dan bukan IT) serta alat tulis.
- Pengendalian Kenderaan Trak _Relationship & Advisory (RA)_ secara teratur:

- _Mengemaskini Buku Log._
- _penyelenggaraan kenderaan._
- _Penyediaan penyata petrol/analisa petrol dan Touch & Go._
- _Insurans/Cukai jalan dan hal-hal berkaitan._
- Melakukan tugas-tugas lain mengikut keperluan atau arahan dari semasa ke semasa.

**(2) Pelaksanaan Aktiviti **_**Cross Selling**_
- Mengendalikan aktiviti _Cross Selling_ dan memastikan operasi harian berjalan dengan lancar termasuk:

- _melaksanakan promosi dan transaksi urusniga produk semasa Program Outreach Cawangan. _
- _berperanan untuk memberi tunjuk ajar dan bimbingan kepada pelanggan (ahli/majikan) untuk menggunakan sistem/aplikasi KWSP yang sedia ada seperti KWSP i-akaun, i-akaun majikan, e-caruman, daftar/kemaskini penamaan dan lain - lain perkhidmatan. _
- _sentiasa meningkatkan pengetahuan mengenai produk-produk KWSP yang dapat memberi manfaat kepada ahli dan bakal ahli KWSP. _
- _melaporkan hasil pencapaian semasa Program Outreach kepada penyelia._

**(3) Lain-Lain**
- Mengendalikan tugas-tugas lain mengikut keperluan atau arahan Pengurusan dari semasa ke semasa.

**KEPERLUAN JAWATAN**
- Terdiri daripada Warganegara Malaysia
- Memiliki kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
- Mempunyai 1 - 3 tahun pengalaman kerja dalam bidang perkhidmatan pelanggan.
- Mempunyai pengalaman kerja dalam memandu Trak 7.5 tan atau kenderaan Pacuan Empat Roda (4WD) merupakan satu kelebihan.
- Memiliki Lesen Memandu Vokasional GDL (Goods Driving License) akan dinilai sebagai satu kelebihan.

**PENEMPATAN**
- KWSP Cawangan Kwasa Damansara

**STATUS JAWATAN**

Tetap

Semua permohonan adalah **SULIT **dan hanya calon yang disenarai pendek sahaja yang akan dipanggil untuk ke sesi temu duga. Permohonan dianggap **TIDAK BERJAYA **sekiranya tiada maklum balas selama **2 BULAN** selepas tarikh tutup iklan.

**Salary**: RM3, RM3,100.00 per month

**Benefits**:

- Additional leave
- Maternity leave
- Opportunities for promotion

Schedule:

- Monday to Friday

Supplemental pay types:

- Performance bonus

Application Question(s):

- What is your highest education level? (ie. Degree, Diploma, SPM)

License/Certification:

- Lesen Kelas E (motokar berat BTM yang melebihi 7500kg)? (preferred)
- Lesen Kelas GDL (E)? (preferred)

Expected Start Date: 04/01/2024

More jobs from Employees Provident Fund of Malaysia