Operation Development Manager - Kuala Lumpur, Malaysia - Archi Luxury Sdn Bhd

Archi Luxury Sdn Bhd
Archi Luxury Sdn Bhd
Verified Company
Kuala Lumpur, Malaysia

1 week ago

Siti Tan

Posted by:

Siti Tan

beBee Recruiter


Description
1. Pengurusan Operasi: Mengawasi operasi harian kafe, termasuk mengurus kakitangan, menyusun jadual, pengurusan inventori, dan memastikan operasi yang efisien dan berkesan. 2. Perkhidmatan Pelanggan: Memastikan perkhidmatan pelanggan yang cemerlang disediakan kepada semua pelanggan kafe, termasuk mengendalikan pertanyaan, menyelesaikan aduan, dan menjaga persekitaran yang mesra dan menyambut. 3. Pengurusan Kakitangan: Menyediakan, mengambil pekerja baru, melatih dan mengawasi kakitangan kafe, termasuk barista, pelayan, dan staf dapur. 4. Pengurusan Kewangan: Menguruskan bajet kafe, mengawasi perbelanjaan, dan mengoptimalkan keuntungan. Memantau jualan dan pendapatan, melaksanakan langkah kawalan kos, dan menyediakan laporan kewangan. 5. Perancangan Menu dan Pesanan: Membangunankan dan mengemaskini menu kafe, menetapkan harga dan saiz hidangan. Menguruskan inventori makanan dan minuman, membuat pesanan dengan pembekal, dan memastikan tahap stok yang mencukupi. 6. Keselamatan Makanan dan Sanitasi: Memastikan pematuhan terhadap peraturan kesihatan dan keselamatan, menjaga standard kebersihan dan sanitasi, serta memantau amalan pengendalian dan penyimpanan makanan untuk memastikan keselamatan makanan. 7. Pemasaran dan Promosi: Membangun dan melaksanankan strategi pemasaran untuk menarik dan mengekalkan pelanggan, termasuk pengiklanan, promosi, dan kehadiran media sosial. 8. Latihan dan Pembangunan Kakitangan: Menyediakan peluang latihan dan pembangunan berterusan kepada kakitangan, termasuk kemahiran barista, perkhidmatan pelanggan, dan keselamatan makanan, untuk meningkatkan prestasi dan pertumbuhan profesional mereka. 9. Pembangunan Perniagaan: Mengenal pasti peluang untuk pertumbuhan perniagaan, seperti memperluas perkhidmatan katering, membangunkan perkongsian, atau memperkenalkan produk atau perkhidmatan baru. 10. Tugas Pentadbiran: Menguruskan tugas pentadbiran, seperti penyimpanan rekod, pelaporan, dan penyelenggaraan dokumen yang berkaitan dengan operasi, kakitangan, dan keewangan.
Retail Fashion
Bachelor's or Equivalent

More jobs from Archi Luxury Sdn Bhd