Team Lead, Financing - Penang, Nibong Tebal, Malaysia - Co-opbank Pertama

    Co-opbank Pertama
    Co-opbank Pertama Penang, Nibong Tebal, Malaysia

    3 weeks ago

    Default job background
    Full time
    Description

    Kelayakan:

    a. Memiliki Ijazah Sarjana Muda atau Diploma dalam bidang Pemasaran, Pengurusan, Perbankan, Pengurusan Muamalat, Pengurusan Perniagaan atau kelayakan yang berkaitan setaraf dengannya daripada IPT dan IPTS yang diiktiraf oleh MQA.

    b. Kepujian dalam matapelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Matematik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia.

    c. Keutamaan diberikan kepada calon yang mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya 3 tahun dalam bidang Operasi Perbankan, Kewangan, Pemasaran, Pengurusan Risiko, atau bidang yang berkaitan.

    d. Mempunyai pemikiran analisis yang cemerlang, tegas serta mempunyai kemahiran berkomunikasi yang baik.

    Bidang Tugas:

    a.Memastikan sasaran produk-produk deposit, pembiayaan dan berasaskan fi dicapai sebagaimana yang ditetapkan.

    b.Bertanggungjawab mengatur, merancang dan mengurus aktiviti-aktiviti pemasaran di peringkat cawangan CBP.

    c.Bertanggungjawab dalam menjayakan aktiviti promosi dan pemasaran di peringkat cawangan CBP.

    d.Menjalankan kajian ke atas pasaran produk perbankan setempat dan mengenalpasti peluang-peluang pemasaran yang ada.

    e.Memproses dan memastikan dokumen-dokumen permohonan pembiayaan pelanggan dilengkapkan sebagaimana ditetapkan Garis Panduan Operasi (GPO).

    f.Melakukan penilaian kredit bagi semua permohonan pembiayaan dan memastikan ianya dilaksanakan dengan betul.

    g. Memperkenalkan produk-produk pembiayaan dan produk berasaskan fi secara 'cross selling'.

    h. Melaksanakan lain-lain tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa.

    Calon-calon yang berminat boleh menghantar surat permohonan, resume dan gaji minimum yang dipohon bersama salinan sijil yang berkaitan beserta gambar terbaru berukuran pasport kepada [HIDDEN TEXT] atau [HIDDEN TEXT]