Jobs
>
Shah Alam

    Juruservis Lelaki/Wanita - Shah Alam, Malaysia - Rentokil Initial

    Rentokil Initial
    Rentokil Initial Shah Alam, Malaysia

    Found in: Talent MY C2 - 3 days ago

    Default job background
    Full time
    Description

    Requirements

    Dalam peranan ini, anda akan bertanggungjawab untuk:

  • Melakukan servis berkaitan dengan Hygiene seperti penukaran alas kaki pelbagai saiz di premis-premis pelanggan kami sekitar Kuala Lumpur.
  • Mencari peluang untuk menambah pendapatan sampingan dengan mempromosikan perkhidmatan Syarikat dengan sebaik mungkin di bawah bimbingan Penyelia.
  • Memberi sokongan kepada Penyelia dan pasukan dalam pelaksanaan tugas.
  • Membina dan mengekalkan hubungan yang baik dengan pelanggan-pelanggan.
  • Memberi laporan yang betul dan tepat pada masanya apabila diarahkan oleh Penyelia.
  • Menyerahkan wang kutipan servis (jika ada) dengan kadar yang segera atau dalam masa dua (2) hari.
  • Hadir dan melibatkan diri di dalam perjumpaan/taklimat/mesyuarat mingguan/bulanan yang diadakan oleh pengurusan cawangan anda.
  • Tugas-tugas lain yang berkaitan dengan pekerjaan yang mungkin diberikan kepada anda dari semasa ke semasa.
  • SEMUA JANTINA DARI PELBAGAI BANGSA ADALAH DIGALAKKAN UNTUK MEMOHON JAWATAN INI

    Calon yang ideal memiliki:

  • Kelayakan pelajaran bertaraf UPSR atau ke atas. Sijil UPSR/PMR/SPM (mana-mana yang tertinggi) dalam versi asal (original) mesti dikemukakan semasa menghadiri temuduga.
  • Berumur antara 21 dan 40 tahun (41 tahun ke atas masih boleh dipertimbangkan sekiranya mempunyai pengalaman di dalam industri yang berkaitan).
  • Lesen D dan/atau GDL yang sah.
  • Minat melakukan kerja servis dan kerja luar (outdoor).
  • Menetap di kawasan berdekatan.
  • Pengambilan pekerja asing bergantung kepada kelulusan pihak berkuasa tempatan dan tertakluk pada permohonan visa mereka sendiri.
  • Sangat Diingini Jika Anda:

  • Mempunyai sifat ingin belajar. Pengalaman tidak diperlukan kerana latihan insentif akan disediakan.
  • Berdisiplin dan mampu mematuhi semua polisi dan dasar Syarikat.
  • Berupaya untuk berbahasa Melayu dan juga memahami bahasa Inggeris mudah (penulisan dan percakapan).
  • Boleh menggunakan telefon pintar dan celik IT/teknologi.
  • Benefits

    Ganjaran dan Faedah

  • Gaji pokok yang menarik, pelbagai jenis elaun dan insentif (bergantung kepada prestasi anda).
  • Fleksibiliti dan kepercayaan untuk menggunakan van syarikat bagi tujuan kerja. Kad petrol juga disediakan.
  • Insurans kemalangan, nyawa, dan kemasukan hospital.
  • Faedah rawatan pesakit luar.
  • Faedah rawatan mata dan gigi.
  • Caruman KWSP, PERKESO & SIP.
  • Pakaian seragam percuma (baju, seluar, topi, t-shirt, sarung kaki, kasut keselamatan, dan alat keselamatan kerja).
  • Telefon bimbit dan/atau kad sim untuk kegunaan kerja (bagi yang berkelayakan).
  • Pelbagai anugerah berkenaan kecemerlangan kerja, aktiviti korporat, dan inisiatif untuk kebajikan pekerja.

  • Rentokil Initial

    Juruservis Lelaki/Wanita

    Found in: Talent MY C2 - 3 days ago


    Rentokil Initial Shah Alam, Malaysia Full time

    Rentokil Initial adalah sebuah syarikat perkhidmatan perniagaan antarabangsa yang mempunyai lebih dari 66,000 rakan sekerja di 70 buah negara. · Kami berusaha untuk melindungi orang ramai dan meningkatkan taraf kehidupan yang lebih baik, contohnya dengan mengawal makhluk perosak ...