Technician - Kulim, Malaysia - Hastings Deering

    Hastings Deering
    Hastings Deering Kulim, Malaysia

    2 weeks ago

    Default job background
    Full time
    Description

    Company :

    Inokom Corporation Sdn. Bhd.

    Keupayaan kerja:

    Mampu menjalankan aktiviti penyelenggaraan mengikut FMS seperti yang dirancang dengan pemahaman untuk memastikan aktiviti penyelenggaraan dijalankan dengan betul. Mampu menyiasat keabnormalan peralatan di kawasan kerja dan melakukan pemulihannya dengan bimbingan untuk menyelesaikan keabnormalan peralatan tersebut di dalam kawasan pengeluaran. Mampu menggunakan 'jig/tool' dengan betul untuk aktiviti penyelenggaraan di kawasan kerja untuk memastikan kerja dibuat dengan efektif. Mampu melaksanakan aktiviti dengan pemahaman 'vision' dan 'target' kumpulan kerja untuk membantu pengeluaran mencapai 'target' syarikat. Mampu memberi pengaruh yang baik kepada anggota lain melalui kata-kata dan tindakan positif yang membawa kepada kerja berpasukan yang lebih baik.

    Kualiti:

    Mampu menyimpan dan mengurus alat ganti dan rekod keluar/masuk alat ganti untuk menjejaki inventori alat ganti. Mampu melaksanakan aktiviti kaizen daripada laporan kerosakan seperti yang dirancang untuk mengelakkan masalah berulang. Mampu membantu penyediaan dokumen kerja penyelenggaraan di kawasan kerja bagi mengurangkan/menghapuskan kesilapan dalam kerja penyelenggaraan.

    Maintenance:

    Mampu mencipta/mengemas kini SOP 'autonomous maintenance' yang diperlukan untuk pasukan pengeluaran dengan panduan untuk mengurangkan kebergantungan pada pasukan penyelenggaraan untuk produktiviti yang lebih 'efficient'.

    Keselamatan:

    Mampu mengikuti PPE yang diperlukan mengikut kawasan kumpulan kerja atau aktiviti untuk melindungi diri terhadap risiko keselamatan di tempat kerja. Mampu memahami dan mematuhi 'safety point' dalam aktiviti penyelenggaraan harian untuk memastikan keselamatan di tempat kerja. Mampu mengenal pasti keadaan berbahaya dan mencadangkan kaizen untuk mewujudkan persekitaran kerja yang selamat.

    Kaizen:

    Mampu untuk mencadangkan kaedah kaizen terhadap prestasi/kebolehpercayaan peralatan atau kaedah aktiviti penyelenggaraan dalam kawasan kerja, dan melaksanakan kaizen mengikut panduan untuk meningkatkan produktiviti dan 'efficiency' pengeluaran.

    5S:

    Mampu melakukan 5S (sisih, susun, seragam, sapu dan sentiasa amal) di kawasan kumpulan kerja untuk kebersihan dan tempat kerja yang teratur dan meningkatkan 'efficiency' pengeluaran.

    Peraturan:

    Mampu mematuhi peraturan syarikat dan melaporkan, berkomunikasi dan berunding dengan ketua pasukan dan ke atas mengenai peraturan untuk mewujudkan suasana berdisiplin di kalangan pekerja.

    About us :

    Inokom is involved in the assembly and manufacturing of light commercial vehicles as well as contract assembly. Its manufacturing facility is located in Padang Meha, Kulim, occupying 200 acres of freehold land. Production first commenced in August 1997.The Company is owned by a consortium of corporate shareholders, which constitutes of Sime Darby Motors Sdn. Bhd., Sime Darby Hyundai Sdn Bhd, Hyundai Motor Company of South Korea , and Berjaya Auto Berhad.